Teman ibarat saudara,
Itu apa yang dikata,
Umpama Tuah 5 bersaudara,
Kekal bersaudara sampai ajal tiba,
Kejujuran terletak dimana soalnya?
Jebat dibunuh kerana turutkan Raja,
Ikut hati mati ikut rasa binasa,
Seperti hadir di mata berbisik ke telinga,
Teman wujud bila senang melanda,
Kesabaran seakan berpuasa,
Hati kian membara,
Menanti letup bagai mercun malam Raya,
Masa dimamah macam umur Proton Saga,
Gah namamu dari zahir bak Proton Tiara,
Semalam muda hari ini sudah tua,
Fikiran semakin gusar,
Ingin berkuasa macam Julius Caesar,
Apa guna kalau jiwa kecil tapi cakap besar,
Aku datang aku lihat aku tawan,
Petah berbahasa bagai pahlawan,
Berbicara umpama kita Al-Ikhwan,
Ini tahun dua ribu lapan,
Teman sudah lazim bagai makanan,
Lemah jadi timun kuat jadi durian,
Apa jadi dengan perjuangan,
Suatu perjalanan atau hanya kenangan?
Dalam kepala sentiasa disematkan,
Setinggi-tinggi gunung masih ada atasnya awan,
Jadikan pegangan supaya subur iman,
5 waktu engkau berdoa,
5 waktu engkau sujud,
7 kali ku bersinar,
7 kali kau tersudut,
Salam diberi disahut,
Tangan dihulur agar luka tak berparut,
Jangan takut jangan senggugut,
Usul-asal kita dari satu perut,
Saling menghormati itu apa yang dituntut,
Kekal selamat sampai kunjung maut.
Itu apa yang dikata,
Umpama Tuah 5 bersaudara,
Kekal bersaudara sampai ajal tiba,
Kejujuran terletak dimana soalnya?
Jebat dibunuh kerana turutkan Raja,
Ikut hati mati ikut rasa binasa,
Seperti hadir di mata berbisik ke telinga,
Teman wujud bila senang melanda,
Kesabaran seakan berpuasa,
Hati kian membara,
Menanti letup bagai mercun malam Raya,
Masa dimamah macam umur Proton Saga,
Gah namamu dari zahir bak Proton Tiara,
Semalam muda hari ini sudah tua,
Fikiran semakin gusar,
Ingin berkuasa macam Julius Caesar,
Apa guna kalau jiwa kecil tapi cakap besar,
Aku datang aku lihat aku tawan,
Petah berbahasa bagai pahlawan,
Berbicara umpama kita Al-Ikhwan,
Ini tahun dua ribu lapan,
Teman sudah lazim bagai makanan,
Lemah jadi timun kuat jadi durian,
Apa jadi dengan perjuangan,
Suatu perjalanan atau hanya kenangan?
Dalam kepala sentiasa disematkan,
Setinggi-tinggi gunung masih ada atasnya awan,
Jadikan pegangan supaya subur iman,
5 waktu engkau berdoa,
5 waktu engkau sujud,
7 kali ku bersinar,
7 kali kau tersudut,
Salam diberi disahut,
Tangan dihulur agar luka tak berparut,
Jangan takut jangan senggugut,
Usul-asal kita dari satu perut,
Saling menghormati itu apa yang dituntut,
Kekal selamat sampai kunjung maut.
Salam.